Saturday, January 15, 2011

Dosa besar, Amal Makruf Nahi Mungkar dan Nafsu

17.1.1993 - Masjid Tikam Batu, Ahad malam


Dosa besar
  • tidak boleh mati dalam iman
  • hutang tidak mahu bayar 
  • derhaka kedua ibu bapa (jangan kau kata "uh"), terguris di hati ibubapa maka jatuh derhaka.
  • ada pantang larang untuk mentaati agama - lari jauh-jauh dari maksiat.
  • Barangsiapa akhir kalam "Lailahaillallah" wajib syurga baginya - bagi mengingati kalimah ini eloklah masa sihat ini biasakan diri kita zikir kalimah ini.
  • latih anak kecil dengan kalimah ini, jangan ditalkinkan orang yang hendak mati dengan lain dari kalimah Lailahaillallah.
  • mengaji dan buat amal.
=> Kalam Syeikh Sanusi sudah tamat - membicarakan dua kalimah shahadah
    - agama kena buat dua perkara:-
    1. Buat yang disuruh
    2. Meninggalkan yang dilarang
    - mudah yang disuruh kerana mengikut nafsunya.
    - Amal makruf Nahi mungkar, kewajipan setiap orang dengan berbagai cara, dengan beberapa patah  perkataan pun jadi.
    - buat jemaah, satu jemaah 4-5 orang, pergi rumah ke rumah, selesaikan takruf di qariah kita.
    - mungkar ada ubah dengan tangan, lidah dan hati. Hati paling lemah.
    1. Ubah dengan tangan
    2. Lidah dengan nasihat
    3. Hati - dengan niat tidak ikut serta.
    Urutan tanggungjawab:-
    1. Pegawai-pegawai agama
    2. Alim ulamak
    3. orang ramai.

    Salam Pengenalan blog

    Assalamualaikum..

    Tujuan blog ini untuk mencatat kembali dan merekod aktiviti pengajian ilmu yang telah dilalui sepanjang hidup ini. Terdapat bermacam-macam jenis catatan ilmu terutamanya ilmu tasauf yang dihadiri pada tahun 1993-2000 di Masjid Tikam Batu dan Masjid Kulim Kedah, juga usrah dan ceramah di sekitar kawasan itu.

    Begitu juga dengan catatan terkini jika ada. Walau bagaimana pun pengajian sekarang lebih banyak menjurus kepada perubatan Islam yang menggunakan Rukyah Syariah Islam.

    Catatan di sini terdapat secara ringkasnya di dalam buku catatan dan juga di tepi kitab pengajian. Moga isi blog ini nanti dapat sama-sama dimanfaatnya, untuk dunia dan akhirat kerana Allah swt.

    Sekian..Jazakallah hukhairan kasira.